Sunday, June 28, 2009

STORY OF THE DAY: The Best Weekend and The Worst Monday..

- Lambat sampai office 15 minit....

- Ambik masa yang lama nak ingat password untuk login pc....

- Ambik masa setengah jam nak siapkan Daily Valuation yang biasanya hanya ambik masa 10 minit..

- Banyak kali buat typing error...

- Kopi panas yang aku ambik pagi-pagi, sampai dah nak lunch aku tak minum-minum lagi. Dah nak jadi kopi ais dah pon.

- Tengok monitor pc manjang nampak pantai, laut biru, ikan-ikan, batu karang, kanak-kanak girang....




Yes, we always talk about Monday blues rite, but try to put urself in my shoes, having back from weekend trip to Redang on Sunday nite and had to get back to work the day after and that was the worst Monday I've ever had. It's unbeatable Monday blues and everything just went wrong that day. Couldn't focus on my job coz I was kept thinking of the great memories in Redang where part of my mind was still left behind - Amazing Race, my 1st snorkling experience, great food, fishes, corals, a cute squirrel, walking along the beach alone during sunrise, self-made theatre, beach volleyball and all the laughters that almost made me vomit....
But everything back to normal on Tuesday and sometimes I couldn't stop myself from smiling whenever I remember all those Sex In The City, Terminator, Toy Story, The Italian Job, Bring It On, The Exorcist thingy. "Haa tu senyum sorang-sorang tu teringat Redang la tu.." bak kata kakak yang dok sebelah aku tu. Yeah u're damn rite, akak....So thanx to all the 5 other buddies who made the trip an unforgettable one for me and we've already planned for the next trip that would be bigger, better and crazier. Plan mulut je lah.....Hahaha



..........................................................................................................................................................................

Al-Fatihah...
In remembrance of my fellow Meranti 97'1 - Mohd Afdzal Fadzi (7.7.1984 - 22.6.2009)
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin.



*msg terakhir arwah di facebook sebelum 'pergi' meninggalkn kita..


I couldn't stop my tears from flowing down when I read this. The last message from arwah on facebook....

*Image courtesy of www.meranti9701.wordpress.com




Saturday, June 13, 2009

STORY OF THE DAY: 12 June 2009 - a new dawn....

11 Jun 2009 - 6.00pm or something :
Kepala serabut. Balance sheet tak balance 2. Kalo ade Yahudi depan aku dah lama aku tumbuk puas-puas. Senior aku pon pening kepala nak tolong camne. Dah 3 hari tak dapat nak trace mana silapnye. Babi a aku nak siapkan cepat-cepat, kalo tak sempat nak siap aku tak leh gi redang bodoh!!!! Pundek punye sistem!!!

11 Jun 2009 - 7.03 pm:
Got a message from Dirah "Uit, sok bday. Haha. Malam ni mynn ajak lepak. Jom. Oldtown ampang. Bkn kat yap kwan seng, oldtown kat kosas tu" Baru teringat hari ni 11 hb. Besok besday aku. Ahh tak boley jadik ni, kene balik cepat malam ni. Cukup la tahun lepas aku celebrate sorang2 kat opis time aku keje kat Puchong dulu.

11 Jun 209 - 8.30 pm:
Mate pon dah kelabu, otak lak berjerebu, shut down cpu, terus aku chaluuuu....Singgah kat keramat, nak jumpe mat, nak tengok rumah tempat aku nak merempat, bile dah tengok aku kagum amat... Umah flat 2 bilik dengan harga 200 satu rumah. Maknenye aku just bayar 100 je. 100 ringgit ok????? Dengan fully furnished nye (tv, dapor gas, sofa, almari, katil) , dengan view yang superb (depan bilik ade balcony, ko boley bukak pintu luas2 dan nah, view KLCC depan ko bai...kalo tengah rindu kat kampung halaman, ko layan feel baring2 atas katil depan mate ko KLCC, perghhh confirm meleleh air mate punye aa) Bak kate Mat "Ko sewa condo ribu2 sebulan pon belom tentu dapat view camni dowh. Ape yang penting bende kat luar rumah, bukan dalam rumah" Aku setuju 100% cakap ko tu Mat. Ok Mat aku kompom sewa ngan ko kat sini!!!

11 Jun 2009 - ngam2 kol 10.00pm:
Aku sampai kat Oldtown bende first aku buat msg balik Dirah cakap aku dah sampai pasal aku confident diorang belom sampai lagi. Biasa aa kalo orang Melayu membuat temujanji. Tiba2 die reply "Aku pon dh smpai" .... Oh sorry kawan2. Aku under-estimate korang..huhuhu.. Sampai2 je aku kat table diorang, aku disambut dengan 'pujian melangit' - "La patut jenuh aku carik mane ko. Rupe2nya rambut dah baru". Siottt....

So malam tu tension aku ilang teros bile dapat lepak ngan Dirah dan Rohe, Myn dan Bay, dan jugak Feeda dan Fahimi. Malam yang indah (cume ade jerebu2 sket) dilengkapi dengan gelak-tawa yang tidak henti-henti (cramp pipi aku gelak banyak sangat), disertai dengan 2 gelas Hazelnut White Coffee, besday cake yang sangat sedap - owhhh what a night...The only setback, rohe kene gerak awal psl nak men putsal. Terima kasih kawan-kawan especially Dirah n Rohe, tanpa anda sume, aku barangkali akan celebrate besday kat opis buat kali keduanya.

12 Jun 2009 - 1.30 am:
Sampai rumah dan terus tido tanpa tukar baju. Bukan penat, cume malas!!!!

12 Jun 2009 - 2.00am:
Takleh tutup mate. Oh patut la panas gila. Dengan El-Nino nye, dengan kemalasan aku nak tukar baju keje, memang patut la ko berpeluh. Bodo punya tua!!!! Tapi still panas lagi. Bukak baju, bukak short, tido kat ruang tamu dengan berbekalkan seluar dalam . Laantak a Chain bukan ade umah pon.

12 Jun 2009 - 4.30 am:
Mata terkebil-kebil lagi. Baru aku tau aku xleh tidor bukan pasal panas, tapi kebodohan diri sendiri pegi layan kopi 2 gelas sape suruh?? Salah diri sendiri tapi salah kan Mother Nature.

12 Jun 2009 - 7.00 am:
Terkejut dengar bunyik alarm. Tq alarm, tanpe ko mungkin aku dah lame kene fired. Bangun2 je bende first aku buat bukak Eurosportsnews, klua news MU dah accept bid Real Madrid 80m pound untuk player yang superb tapi menjengkelkan, Cristiano Ronaldo. Thanx for the bad news untuk pagi yang cerah sempena bermulanya tahun ke 25 aku berdiri di bumi Tuhan yang indah ni......

Sunday, June 7, 2009

STORY OF THE DAY: Cerita Seekor Loser Yang Tak Pernah Bercita-Cita..

Orang kata hidup kalau hidop  takde cita-cita, baik ko pegi mati je.  Ok...aku tau sepanjang aku hidop 24 tahun lagi 5 hari nak masuk 25 ni, aku memang tak penah ada cita-cita.  Dari kecik lagi aku tak penah tau aku nak jadi apa bila aku dah besar. Time darjah satu, cakap ngan cikgu nak jadi doktor. Biasa la time budak-budak, cita-cita taknak lebat je. Pastu dah matang sikit naik darjah 6, cakap ngan mak bapak nak jadi jurutera. Bak kata pepatah sekali air bah, sekali pantai berubah. Naik sekolah menengah, pernah terlintas kat hati busuk aku ni nak jadi peguam. Haha ko ni kelakar la bob. Macam khinzir.

Lepas habis SPM result pon takde la sampah sangat, takde la cemerlang sangat pastu tak tau nak sambung belajar ape. Tau-tau aku dah tercampak kat YPM. Ambik je la accounting. Tu je subjek paling senang bagi aku dan salah satu subjek yang aku score time SPM. Biologi pon aku score gak tapi takkan nak ambik medic. Muka aku pon dah memang tak de rupa nak jadi doktor. Doktor muka cam penyangak - ade ke kat Mesia ni?? Pastu time kat YPM mase 1st year score jugak la 2-3 subjek. Masuk 2nd year dah rasa malas nak belajar dah. 3rd year lagi macam sial. Member kejut bangun tido suruh pegi kelas pon kene maki ngan aku (Sorry Yat, aku tau niat ko baik). So last-last result macam sial. Repeat 2 kali. Mase tu memang dah rase la masa depan aku gelap. Confirm susah babi nak carik keje nanti.

Sangkaan aku memang tepat. 3 tahun lepas aku habis belajar, hidop aku memang macam palat. Kerja tu memang sekadar nak meneruskan hidop je. Memang takde la dalam kamus hidop aku ni nak cari kerja yang orang kata kerjaya. Dengan result aku yang hidup segan mati tak mahu tu, aku boleh lagi ke nak memilih kerja? Memang makan rumput la aku nanti. Jadik sebat aje la kerja apa-apa yang ada. Penyudahnya bila aku tengok balik ape bende yang aku beli sepanjang 3 tahun ni, memang takde bende. Hahahahahaha aku rasa macam sial dohhh. Henset?? Abang-abang aku bagi. Motor?? Bapak aku bagi. Pakaian?? Tengok-tengok balik dalam gobok aku yang penoh tu, ade la 2-3 helai je aku beli sendiri. Lain-lain ade yang abang aku bagi, baju membe-membe yang aku pinjam tak pulang-pulang dan banyak jugak yang aku tak tau dari mane datang dia.Paling menyedihkan kasut aku nak pegi interview kat AmBank ari tu pon abang aku belikan. So memang sah aku takde asset aku sendiri skang ni!!!

Alhamdulillah Allah memang Maha Penyayang. Walaupun aku bukan hambaNya yang baik, Dia masih ingin memberikan aku kehidupan yang lebih baik. Akhirnya setelah bertahun-tahun hidup tanpa arah tuju, aku dapat jugak kerja yang betol-betol aku boleh panggil kerjaya. So buat pertama kali dalam hidop aku, aku boleh memasang cita-cita. Cita-cita aku dalam setahun yang akan datang, aku sudah mampu memiliki benda-benda berikut:

- iPhone
-Kamera DSLR (tak tau lagi model ape tapi sudah semestinya Canon lengkap dengan lens nya sekali)
-PC (yang aku boleh buat main game dengan puas hati dan dilengkapi woofer yang bakal mengganggu jiran-jiran sebelah rumah)
-Kereta (Proton Saga dah la. Beli keta mahal-mahal, rosak kene hantar bengkel jugak)
-PS3
-Jam tangan (kali terakhir aku pakai jam, masa aku form 3)
-Peti sejuk (janji aku boleh simpan makun dah la. Tak yah sampai nak yang 3 pintu punya fridge)
-Perkakasan yang lengkap untuk aku memasak. (korang tak percaya aku berbakat memasak?? Aku ni anak mak ok???Tak caya nanti aku belanja korang masakan aku)
-Gobok yang penuh dengan baju-baju aku sendiri.
-Jersey-jersey yang banyak daripada top team dalam Europe.

Hoh banyak betol cita-cita aku. Mampos aa sebelum ni aku tak penah ada cita-cita. Skang aku nak bercita-cita puas-puas. Tapi sebelum tu aku nak membalas jasa parents aku, abang-abang aku yang banyak aku susahkan, member-member yang tak lari bila aku susah. (Jasa anda sume takkan aku lupa sampai aku nyanyuk nanti.) Tanpa korang sume, mungkin aku dah jadi peragut, pemecah rumah, perompak mahupun mat rempit skang ni. Dan yang paling penting aku harus kembali ke jalan yang sepatutnya takut-takut rezeki yang diberi nanti ditarik balik.Banyak sangat bende yang wajib aku tinggalkan. Sial punya setan. Pengalaman dulu banyak ajar aku untuk lebih  menghargai hidup ni. Aku harap aku akan jadi manusia yang lengkap satu hari nanti. Lambat atau cepat bergantung kat diri aku sendiri. Insya Allah.......

STORY OF THE DAY: Same old story.....

Fuh....Fuhhhh.....


Oh hari ni aku hanya kene tiup je..minggu lepas dah kemas gile2 punye blog bodo aku nih...So story of the week....

- Seperti biasa, "lalalala hari hari kerja...lalalala bosan dengan kerja"... oh x..aku x bosan dgn kerja aku..aku suka..

- Motor aku  dah makin mengada-ngada..Makin banyak plak duit aku ko nak pau...Sabo la tunggu aku dapat gaji penoh dulu...Bulan ni aku dapat separuh je shialll....

- Florentino Perez is back as Real Madrid president.  And then he appointed Manuel Pellegrini as new Real Madrid manager from Villareal. Kaka is almost certain to join Real Madrid from AC Milan. It's going to be the return of Galacticos.  Tak tau nak rasa gembira atau bimbang....

- Hari Jumaat lepas kerja berjalan-jalan seorang diri di BB di waktu malam. Saje saje layan blues, tengok macam2 jenis orang tourists, dating couple, one happy family, hookers, faggot , you name it. Lepak-lepak di Starbucks sambil membaca majalah + cuci mata. Dan yang paling best menonton seorang pelukis sedang melukis muka seorang Pak Arab, right from the moment he measured the face by using his magic pencil until he finished his scetch with his signature and some words like "From Malaysia With Love" or something. The whole process only took 10 minutes and the scetch is really a masterclass. Sangat seronok menonton Atist At Work ni...huhuh... Kalo yang x penah try lepak sorang-sorang cam orang gila ni, silakan la..Anda pasti rasa seronok macam aku.

- Abe dan Yat akhirnya siap jugak masjid diorang. Congrats for both of you. May your marriage will make you a better person. 

So am planning to move out to Keramat in the next couple of weeks or early next month and will be staying with Mat. My housemate Chain is also going to get married in August so the apartment in Puchong need to be cleared out before end of July.  So July is going to be a hectic month for me. 

Ok that's all for today c u later....