Sunday, July 5, 2009

EXIT MUSIC FOR A FILM: The Greatest Movie of The 21st Century...

Aku sangat tak paham...Dan masih lagi tak paham...Dah banyak kali cube nak paham...Tapi rasa-rasanya sampai kiamat pon aku tak akan paham...

Anda tak paham apa yang aku tak paham skang ni?? Citenye camni...

Adapun dimalam Jumaat yang lepas @ semalam, tatkala aku sedang mengusya dvd untuk dibeli di sebuah kedai dvd cetak rompak yang sudah semestinya telah membayar beribu-ribu ringgit kepada pegawai majlis perbandaran supaya tidak mengganggu kedai tersebut, maka terdengar lah akan aku perbualan antara seekor dungu dengan tokey kedai tersebut...

Si dungu: Bos, cite transformer baru dah kluar?? (Sebut dah la tak betol)

Si tokey: Ada.

Si dungu: Yang VCD punya ade ke??

Si tokey: DVD la. Mana ada VCD.......

Anda masih tak paham lagi ke?? Sebenarnya yang aku tak paham kenapa masih wujud manusia yang tidak memahami dan tidak menghargai kehebatan sebuah filem terhebat di abad ini?? Dan aku masih tak paham, apa yang seronoknye layan vcd pirate sebuah filem yang sangat hebat visual & sound effects nya?? Aku memang akan sangat-sangat paham kalo ko mintak vcd pirate Jangan Pandang Belakang Congkak, tapi Transformers??? Yang pirate punya sah-sah ambik dari wayang so aku dulu dah biasa sangat la tengok gambar senget macam *^%^$^ dengan ada kepala orang belom kira bunyi batuk lagi.

Aku cuba untuk memahami dengan memikirkan mungkin ko tak berkemampuan nak pegi tengok kat wayang, tapi bro kalo ade la vcd tu pon harga dia sah-sah dalam 5 ringgit. Tapi kalo ko tambah lagi 3 ringgit, ko dah dapat tengok kat MBO. Aku cuba lagi untuk memahami, mungkin di rumah ko ada home theater yang sangat hebat yang mungkin dapat menutup kelemahan vcd pirate Transformers tersebut, tapi bro beli bende alah tu ribu-ribu, tapi nak beli dvd pon tak mampu ke?? Aku cuba memahami untuk kali terakhirnya, mungkin ko jenis manusia yang tak suka kluar rumah, tapi klua umah gi carik vcd transformer boleh plak??

Sebagai langkah untuk menghentikan segala persoalan aku tu, tadi aku pegi la ke Mahkota Parade tengok Transformers kat wayang ngan adik aku. Ok short summary - more destructions, more fighting, more Decepticons, tragic scene of Optimus Prime, funnier Bumblebee, superb transformation of the Constructicons and the most important thing of all, sexier Megan Fox!!! Rumours have been circulated on the web that the Dinobots would be introduced in the 3rd installment and can't wait for that..Yeahhh...

Oh selepas habis menonton tadi baru saya faham, si dungu yang saya sebutkan diatas mungkin bukanlah peminat Transformers dan mungkin juga dia tak tau ape-ape pon pasal Transformers.....Ohhhh baru aku pahammmmmm...