Wednesday, January 27, 2010

STORY OF THE DAY : What A Wonderful World....


"I see skies of blue
And Clouds of White
The Bright Blessed Day
The Dark Sacred Night
And I Think To Myself
What A Wonderful World......"
-Louis Amstrong-

"Menarilah dan terus tertawa....Walau dunia tak seindah syurga...
"
-Nidji-




2 beautiful songs to sum it all up

Saturday, January 23, 2010

STORY OF THE DAY : Mari Mengikis Karat......


Last post: 24 Dec 2009...

Har ini : 23 Jan 2010...

Astaga dah sebulan blog aku ni berkarat. Tu la dienye. Orang ade blog, awak pon sebok nak ade skali. Pastu pemalas nak update. Pastu biar bende ni macam hidop segan mati tak mahu. Suka hati ko la Bob...Janji ko bahagia..Story of the MONTH??:

  • Sambut New Year di kampong. Dah tua2 ni malas nak berhoray2 menyesakkan diri tengok bunga api di bandar2, menonton konsert artis menyalak, menyaksikan kerosakan akhlak yang semakin berleluasa, menyakitkan mate sendiri tengok muke mat rempit bersepah yang muke masing2 macam nak mintak terajang dengan rambut berekor siap berblond dilengkapi t-shirt belang2 seluar jeans ketat ditemani bohsia2 yang muke macam separuh siap yang sudah semestinya habis celeberate new year bakal menjadi lauk-pauk kenduri doa kesyukuran mat rempit yang selamat sampai di rumah setelah puas cuba menggadai nyawa di jalan raya tapi takde sape nak membeli sebab nyawa mereka tak bernilai dan tak laku serta low-class bla bla bla. Bagos lagi lepak di kampong malam2 merenung bintang sambil bermuhasabah diri....pffffftttt....
  • Aktiviti bersama kawan2 bulan ni: Tembakgambar di ladang lembu, makan ayam mati kene langgar (ayam penyet), futsal, membodoh2kan diri dengan menonton cerita melayu di astro ria...err cam tak banyak je.. Ke aku yg banyak miss nak join diorang??hehehe Ntah la. Banyak aktiviti sebenarnye tapi banyak jugak la perselisihan dengan aktiviti keluarga yang akhirnya aku terpaksa mengutamakan keluarga dahulu. Kawan aku sorang ni si Lilo dah nak fly. Ye lah die nak memburu cita2 dah bosan bermain dengan angka2 dia nak bermain dengan huruf2 pulak...Huruf2 yang boleh mengubah dunia harap2nye..
  • Semakin lama semakin jatuh cinta dengan kerja baru. Boleh masuk lambat (dah memang time keje aku kol 2 petang kot), bos yang ceria tak pernah marah2, kerja yang tak memerlukan aku memerah otak terlebih2 sangat, bekerja lebih masa dianggap taboo dalam opis tu (pernah aku stay lebih 10 minit dari waktu habis kerja, lantas ditegur oleh si boss "Haih, lambat balik??) dah macam keje kat government plak minus boleh lepak2 minum bila2 ko nak, setiap hujung bulan company sponsor main futsal 2 jam. So kira ok la kan setakat ni aku dah tak pernah langsung nak baca job ads kat The Star....
  • Sekarang ni benda2 di sekeliling aku seolah2 dah bersepakat nak memeras hasil titik peluh aku mencari rezeki yang halal. Kereta aku dah tersenyum lebar berjaya mengopakkan beg duit aku. Laptop aku dah lama merajuk. Motor aku tu bagai retak menanti belah. Gitar karen aku dah membuat muka jambu cuba memujuk aku untuk menukar pick-up. Handphone aku dah ade hobi baru, suka melambatkan diri seolah2 cuba berlakon menjadi 'hang' tatkala aku menekan butang2 di badan beliau. Haih la korang ni. Kot ye pon nak buat hal ngan aku bergilir2 la. Aku tak marah korang nak jahanam. Tapi jangan la semua sekali serentak. Nak di bagi penampar, benda tu bukan orang....
  • Anak buah aku ni a.k.a anak abang ngah aku dah pandai sebut "tecuk" (sejuk) kalau die berdiri depan peti sejuk yang terbukak, "akit" (sakit) kalau nyamuk gigit die dan yang paling best die dah pandai tunjuk isyarat "like this ala2 facebook" kalo ape bende yang die mentekedarah tu sedap. Dan die baru berusia setahun 2 bulan.

Ye die memang suka buat muke menjengkelkan ni




Oh ye..it's been confirmed Pirates of The Carribean 4 will hit cinema in May 2011 but the sad news is there'll be no more Elisabeth Swann and Will Turner, just Captain Jack and Captain Barbossa who will continue to pursue their American err.. Carribean Dream.