Sunday, September 19, 2010

STORY OF THE DAY: Selamat Hari Raya ke 10...

Selamat Hari Raya folks. Bagaimana raya kalian? Raya saya kurang seronok. Raya ke 3 dah nak kena balik Isnin kene kerja, sucks bukan?? Sebelum kalian cuba-cuba untuk menasihatkan saya supaya bersyukur sekurang-kurangnya dapat berhari raya, lebih baik hentikan, sebab abang-abang saya semua cuti seminggu. Damn it!!!

Oh ya. Semenjak akhir-akhir ni, saya semakin tak suka dua benda ni.

1. VIP in a car with police escort.
Ye, saya faham mereka ini Very Important Person, banyak tempat kene pergi dengan seberapa segera. Dengan bantuan polis trafik, dapatlah memudahkan mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan pantas. Cuma yang saya kurang gemar, konsep polis yang mengarahkan orang-orang kebanyakan di jalan raya supaya ketepi memberikan laluan seolah-olah seperti "Hey, kamu orang-orang yang kurang penting, sila beri laluan, orang yang lebih penting ingin lalu..." Cuba bayangkan dalam kesesakan lalu-lintas yang hampir tak bergerak itu, polis memaksa mereka supaya tetap memberi laluan. Bersusah-payahlah mereka yang kurang penting ini memulas stereng kereta untuk memberi ruang beberapa inci untuk mereka-mereka yang penting ini dapat lalu. Nampaknya, zaman sekarang ini, urusan mengambil anak-anak dari sekolah supaya mereka selamat pulang ke rumah tanpa perlu kanak-kanak ini menghadapi risiko diculik, dirogol atau dibunuh tanpa sebab, sudah tidak penting lagi barangkali.

2. Mock cheque
Ok, niat untuk bersedekah atau menderma memanglah dipuji dan dirahmati Tuhan. Tapi bila diselit niat untuk menunjuk-nunjuk demi publisiti dan reputasi penderma tersebut, bukankah ianya sudah menjadi perkara lain. Silap-silap pahala menderma tu tak dapat langsung. Nabi pun ada pesan, kalau menderma, biarlah tangan kiri tersorok. Maksudnya kalau menderma, biarlah kita dan Tuhan sahaja yang tahu. Jadi apa 'point'nya chek palsu yang besar gedabak tu dengan tulisan Ringgit Malaysia ****.** Sahaja terpampang dengan jelas semasa majlis penyampaian derma "ikhlas" tersebut? Tak boleh kah cakap aje "Duit derma untuk sekian-sekian, saya dah bank-in tadi..."

Oh, tambah lagi satu lah, makin lama tengok video-video hip-hop dari US ni, makin menyampah pulak saya. Bukannya apa, saya cemburu barangkali, kerja bercakap laju-laju pon boleh pakai Lambo, Ferrari, Bugatti siap pimp lagi, pastu ada mansion besar-besar, pakai bling-bling riban-riban, wanita keliling pinggang, ada gigi palsu yang diperbuat daripada emas, ada perut dengan enam petak dan sebagainya.
Habis aku yang kerja macam nak mati keluar rumah pukul 7 pagi balik 7 malam ni apa pon takda???? Tak adil betol dunia ni....