Sunday, August 14, 2011

DEKAT DI HATI

Orang selalu kata, hiburan hanyalah sekadar hiburan. Tapi bagi aku tidak. Aku kurang terhibur kalau sekadar menonton atau mendengar hiburan yang sekadar hiburan. Aku lebih 'prefer' hiburan yang lebih dekat di hati. Salah satu hiburan yang biasa aku cari adalah melalui lagu dan salah satu elemen lagu yang boleh dijadikan sumber adalah klip video. Ambil contoh klip video ini misalnya :-



Ini salah satu band yang aku minat, yang berfahaman 'Straight Edge' (vegetarian, no drugs/smoke/alcohol, healthy way of life), yang senantiasa mempertikai/mengkritik apa sahaja yang mereka rasakan tidak betul dalam lagu-lagu mereka. Lagu yang ini memang salah satu lagu kegemaran aku.

Ok, secara jujur, konsep video klip ni biasa-biasa sahaja modus-operandi nya. - angst-ridden, rebellious (with/without a cause), teen spirit etc. Konsep jamming dalam train/tube dah melambak band-band lain buat. Tapi cerita-cerita selingan dalam klip video ni yang buat aku tertarik dan rasa dekat di hati. Cerita selingannya bermula dengan sekumpulan remaja sedang bersiap-siap ingin melakukan sesuatu di waktu malam. Kali pertama aku tonton video ni, aku ingatkan mereka ingin melakukan jenayah, tapi bila difikirkan kembali, jenayah apa yang mereka ingin lakukan dengan hanya berbekalkan lampu suluh, surat khabar lama dan penyembur cat? Merompak franchise gerai Otai Burger barangkali.

Babak seterusnya menunjukkan remaja-remaja tadi berlari-lari di sekitar bandar, dengan berbaju hitam, bertopeng muka - seolah-seolah mereka bakal melakukan onar di tengah malam dan kalau di ketika ini anda menonton, satu kesimpulan pasti terlintas di kepala "Riot - London style..". Kemudian mereka berpecah, ada yang memanjat billboard Mc Donald dan ada yang menceroboh zoo. Dan vandalisme pon bermula. Tapi vandalisme yang aku rasa tak salah. Billboard Mc Donald diconteng dengan font yang bersaiz semaksimum mungkin dengan mesej - "12 grams of heart attack", papan iklan perfume yang memperalatkan muka dan badan perempuan yang menggiurkan - dihodohkan dengan lukisan yang kalau dalam perperiksaan, pasti akan diberi markah F oleh si pemeriksa dan sticker "I'VE SPENT MY ENTIRE LIFE TRAPPED IN A CAGE" ditampal dikandang harimau di dalam zoo.

Kemudian, menjelang pagi, mereka pergi ke belakang lorong dan bersiap-siap dengan kemeja, seluar licin, tali leher dan skirt masing-masing untuk ke tempat kerja dan terus masuk ke pejabat beramai-ramai (mereka kerja satu opis rupa-rupanya) dan berpecah sekali lagi menuju ke cubicles masing-masing. Dan salah seorang dari mereka telah bertembung dengan bos beliau. Dengan masing-masing berbekalkan ego yang cukup tinggi dan rasa dendam tak puas hati yang dah lama terpendam, pertembungan itu hanya diiringi jelingan mata yang seolah-olah memberitahu - "Pagi-pagi dah nampak muka ni, macam manalah rezeki nak masuk..". Bos beliau itu tadi dengan muka yang masih berbulu terus masuk ke bilik beliau dan menutup pintu. Ok ini babak yang paling best dalam video ni. Setelah pintu bos beliau ditutup, beliau terus menampal lebihan sticker "I'VE SPENT MY ENTIRE LIFE TRAPPED IN A CAGE" malam tadi di pintu bilik bos beliau. Wow, how I wish I could do the same. Hehe..

Apa yang mengganggu aku bila menonton video ni, macam mana mereka boleh terus ke pejabat tanpa mandi dan bersarapan dengan tidak tidur semalaman, berlari-lari melakukan onar di sekitar bandar, sedangkan aku memerlukan tidur yang cukup dan sarapan yang enak untuk memastikan perjalanan kerja harian aku tidak terganggu dengan senggukan kepala di hadapan komputer diselangi dengan perut yang berkeroncong dan badan yang berlengas.

Ini juga mengingatkan kata-kata seorang kawan aku baru-baru ni - "Kalau dulu mase study, hari-hari boleh keluar malam-malam 2-3 pagi tak rasa mengatuk langsung, tapi sekarang dah kerja ni, kalau keluar malam je, pukul 12 mesti mata dah kuyu..." How much time has changed, apparently and how I miss those good ol' days - zaman remaja yang dilalui yang penuh dengan suka-suka (suka-duka tu ada lah kadang-kadang) ke hulu ke hilir dengan berbekalkan motor Honda EX5 Class 1, Yamaha RXZ dan Modenas Kriss 1 (siapa-siapa yang kenal aku, tahu lah kenapa aku mention 3 motor ni) di waktu malam mencari makanan-makanan yang enak, baju-baju 'cool' di uptown, ber'jamming' di 'X-Studio, Taman Shamelin ataupun Galaxy Studio di hadapan Ampang Point, mahupun meronda-ronda dengan tiada hala-tuju di sekitar Kuala Lumpur tanpa memerlukan masalah di tempat kerja seperti yang aku lalui sekarang.

Kalau lah aku ada superpower macam dalam filem 'Butterfly Effects' yang boleh kembali ke zaman silam dengan hanya membaca diari-diari yang pernah ditulis, alangkah indah hidup...

Haih nampak sangat aku dah semakin tua...

Nah, anda faham kan apa maksud hiburan yang dekat di hati??

No comments: