Saturday, August 20, 2011

SOALAN DIJAWAB DENGAN SOALAN

Ini ada beberapa contoh soalan yang boleh ataupun mesti dijawab dengan soalan. Biasanya soalan-soalan yang diajukan pada mulanya adalah tidak logik / tidak perlu dijawab / soalan yang memang tiada jawapan. Ataupun orang yang diajukan soalan tersebut memang berperangai yang objektif utamanya menjawab soalan dengan soalan adalah untuk menjengkelkan si penanya. Misalnya:


Student A : Pergh ..smart gile BMW X6 tu.. Agak-agak berapa ribu aa harga dia??
Student B : Ko nak beli ke??
(Soalan yang sebegini dijawab dengan soalan kerana tak ada logik walaupun Student B memberitahu harga sebenar BMW tersebut, Student A akan membeli kereta tersebut keesokan harinya..lainlah kalau dia tanya pasal harga T-shirt, kasut ataupun pen)



Mat Rempit A : Kau rase kalau aku ayat minah tu dapat tak??
Mat Rempit B : Kau rase??
(Ini contoh soalan yang tidak perlu dijawab. Ok, muka macam tandas awam, pemakaian hanya sekadar untuk mengelak dari berbogel ditempat awan, masa depan pon gelap, kalau Mat Rempit A tu sedar diri, rase-rasenya dia tak perlu tanya pun soalan tu..)



Suami Orang : Ko ni bila la nak kahwin??
Bujang terlajak : Ko tau ke bila aku nak mati??
(Oleh kerana sudah jelik ditanya soalan sebegitu, maka Bujang Terlajak boleh memilih untuk bertanya kembali kalau-kalau Suami Orang tadi tahu bila dia akan mati sebab ayat standard orang Melayu, ajal maut & jodoh pertemuan semua ditangan Tuhan. Jadi kalau dia tak tau bila dia akan mati, sudah tentu bile dia akan kahwin pon dia tak akan tahu. Ini contoh soalan yang memang tiada jawapan)



Penganggur A : Haii bila lah aku nak kaya??
Penganggur B : Apa cerita ko pegi interview keje dengan bank hari tu??
(Ok objektif utama Penganggur B adalah untuk menjengkelkan Penganggur B. Tapi soalan begitu perlu dijawab dengan soalan supaya Penganggur A boleh berpijak di bumi yang nyata. Jangan ditanya bila nak kaya. Tanya dulu macam mana nak kaya...)

No comments: